Level: Sangat berisiko tinggi.
Spirit of the coin atau lebih dikenali dengan Papan Ouija di barat dan
juga dikenali sebagai papan semangat, adalah papan yang mempunyai huruf
abjad dari A-Z, nombor 0-9, perkataan "YES", "NO", "HOME", dan "GOOD BYE
". Ia adalah tanda dagangan berdaftar Hasbro Inc sejak 1991. Yes,
Hasbro. Syarikat yang sama buat permainan budak-budak tu, ataupon board
game.
Bahan: Papan Ouija, duit syiling atau apa-apa yang boleh dijadikan
sebagai penunjuk, sebatang lilin (kalau korang perlukan sedikit cahaya,
gelap sangat nanti tak nampak pulak kan).
Cara bermain:
Permainan bermula dengan mantera (konon-konon la kan) yang dibaca untuk memanggil roh seperti ini:
"spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.please come out and play with us".
Pastikan rakan-rakan anda dalam keadaan senyap semasa bermain permainan ini. Ini kerana roh atau hantu takot nak datang kalau bising, dah macam kat club or funfair lak. Baca mantera sehingga kedatangan roh dapat dirasai. Selepas membaca mantera, pemain bolehlah bertanya kepada roh atau spirit soalan-soalan yang hendak ditanya. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan seperti tanya result nombor ekor dan sebagainya, yang tu pak belalang je yang tau. Jangan bertanya soalan seperti "Nak masuk rumah?", "Nak berkawan dengan saya?", ini kerana dikhuatiri roh akan mengikut atau menghantui pemain. Sekiranya sudah selesai bermain, pastikan roh atau spirit dihantar pulang semula. Sekiranya tidak, mainlah sehingga roh atau spirit tadi jemu dengan korang dan nak balik iaitu dipetak "GOODBYE". Kalau tak nak balik jugak, mainlah korang sampai lebam, sape suruh korang menggatal nak main sangat kan.Hahaha.
Penjelasan:
Ouija board adalah sejenis pemujaan atau cara untuk berkomunikasi
dengan roh. Ia dikatakan berasal dari China semasa Dinasti Song yang
digunakan untuk menghubungi orang yang telah mati ataupon roh.
Peringatan:
Risiko permainan ini amat tinggi dan dinasihatkan jangan mencuba
permainan ini. Bagi yang beragama Islam, permainan ini merupakan
pemujaan jadi ia adalah syirik dan syirik pula hukumnya berdosa.
0 komentar:
Posting Komentar